≡ Menu

Inginkan Platform Email Marketing Yang Efektif Untuk Bisnes Anda Dengan Kos HANYA $1 Setahun*? post image

Inginkan Platform Email Marketing Yang Efektif Untuk Bisnes Anda Dengan Kos HANYA $1 Setahun*?

Pakar pemasaran pernah mengatakan,

“Money is in the list” dan “Database is a king”

Ini menunjukkan betapa pentingnya database pelanggan atau bakal pelanggan seperti nama, email, no. telefon dan sebagainya dalam aktiviti pemasaran anda terutamanya dalam pemasaran internet.

Kronologi email marketing adalah seperti ini:

Jika anda seorang penjual dan mempunyai laman web, bakal pelanggan anda akan datang ke laman web anda hasil daripada pemasaran anda. Tapi mereka tidak semestinya akan membeli produk anda dengan serta-merta kerana pelbagai faktor terutamanya faktor kewangan (belum dapat gaji!).

Namun begitu, sebelum mereka tinggalkan laman web anda, anda menawarkan diskaun hebat jika mereka memberikan nama dan email mereka kepada anda melalui borang subscription laman web anda.

Jika mereka memberikan nama dan email mereka kepada anda, dengan mudahnya anda boleh follow-up mereka dengan menghantar email demi email mengenai produk anda kepada mereka sehinggalah mereka membeli produk yang anda tawarkan kepada mereka.

Dan anda juga boleh menghantar email kepada mereka dengan mudah berkenaan dengan produk terbaru anda tanpa perlu mengeluarkan bajet untuk mencari pembeli baru. Bukankah ianya hebat? 😉

Mengapa Email Marketing Penting?

Pada hari ini boleh dikatakan setiap orang mempunyai email sendiri sama ada untuk kegunaan peribadi ataupun untuk kegunaan kerja. Email merupakan keperluan penting dalam kehidupan hari ini terutamanya untuk pengguna telefon pintar.

Mengikut kajian, hampir 78% daripada aktiviti harian pengguna telefon pintar adalah menyemak email mereka. Inilah aktiviti utama para pengguna telefon pintar pada hari ini berbanding melayari internet.

Ini bermakna pengguna telefon pintar akan menerima dan membaca apa juga email yang mereka terima termasuklah email promosi daripada laman web yang mereka subscribe.

Inilah teknik marketing paling mudah, pantas dan efektif untuk memasarkan produk anda kerana pendekatannya lebih personal dan lebih dekat dengan semua para pengguna internet.

Tetapi..

Walaupun email marketing ini sangat penting, kosnya agak tinggi pada hari ini.

Jika dahulu sekitar tahun 2007, anda hanya perlu membayar $10 hingga $20 sebulan untuk subscribe sistem autoresponder dan boleh menghantar kepada unlimited subscriber anda tanpa sebarang kos tambahan.

Pada hari ini, kosnya semakin mahal kerana pelbagai ciri tambahan disertakan. Lebih teruk lagi, kos bulanan untuk subscribe sistem autoresponder ini meningkat mengikut jumlah subscriber anda. Ianya sangat memeningkan kepala.

Perlukah anda memotong bajet pemasaran bulanan anda hanya kerana mahu subscribe sistem autoresponder mahal?

Ianya mungkin perlu jika anda mempunyai modal yang banyak dan tidak terhad.

Namun jika anda merupakan usahawan kecil yang mempunyai modal terhad, ianya pastinya tidak berbaloi!

Habis bagaimana untuk membuat pemasaran email jika tiada modal untuk subscribe sistem autoresponder mahal?

Adakah kita terpaksa meninggalkan sahaja email marketing yang menguntungkan ini semata-mata kerana ketiadaan modal?

Usah Bimbang, Ebook Tutorial Email Bajet Ini Mampu Membantu Anda! 😉


E-book Tutorial Email Bajet membongkarkan langkah demi langkah bagaimana untuk membina platform email marketing sendiri dengan Amazon SES & Amazon EC2 – HANYA $1 Sahaja Untuk Tahun Pertama.


[#1] Apa itu Amazon SES dan kelebihannya?

Amazon Simple Email Service (Amazon SES) merupakan platform berskala tinggi yang digunakan untuk menghantar dan menerima email dengan lebih jimat tanpa meilbatkan sebarang kos bulanan dan kos tambahan (kerana ia berkonsepkan “pay per use” mengikut jumlah email yang dihantar).

Amazon SES merupakan salah satu daripada perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak Amazon.com melalui Amazon Web Service (AWS). Jadi ianya sangat dipercayai dan merupakan solusi terbaik anda membina platform email marketing anda sendiri.

Antara faedah UTAMA menggunakan Amazon SES ini ialah kosnya sangat-sangat rendah.

  • Jika anda menghantar email melalui server anda sendiri, anda hanya perlu membayar $0.10 untuk setiap 1000 email yang anda hantar kepada subscriber anda.
  • Dan lagi hebat, jika anda menghantar email melalui aplikasi web di Amazon EC2, anda boleh menghantar 62,000 email secara percuma setiap bulan kepada para subscriber anda. (Ini bermakna anda boleh menghantar email kepada 20,000 subscriber setiap bulan secara percuma atau lebih lagi bergantung kepada cara penggunaan anda. Ianya menakjubkan!)

[#2] Apa Pula Kegunaan Amazon EC2?

Amazon EC2 atau nama panjangnya Amazon Elastic Compute Cloud merupakan perkhidmatan web berasaskan platform “cloud-computing” yang selamat dan mempunyai kapasiti yang fleksibel.

Ianya direka khas untuk memastikan para developer membangunkan aplikasi web mereka dengan mudah. Anda boleh membina sendiri server “cloud-computing” anda mengikut bajet, kemahuan dan keperluan projek aplikasi web anda.

Dengan membina aplikasi anda di Amazon EC2 dan integrasikannya bersama Amazon SES, anda akan dapat membina sebuah platform email marketing yang jimat untuk tujuan pemasaran anda tanpa perlu membayar yuran bulanan dan mampu menghantar 62,000 email sebulan secara percuma. Bukankah ia sangat menarik?

[#3] Benarkah Perlu Bayar Hanya $1 setahun – Untuk Tahun Pertama?

Ya, jika anda baru mendaftar di laman web Amazon Web Service (https://aws.amazon.com), anda secara automatiknya akan menerima akses percuma (Free-Tier) selama 12 bulan untuk beberapa perkhidmatan web di AWS. Anda boleh membacanya di sini:

$1.00 ini pun hanyalah untuk pengesahan akaun. Anda perlu ada kad kredit atau kad debit untuk mendaftar di Amazon Web Service ini.

Selepas tamat tempoh Free-Tier setahun anda, anda hanya perlu membayar untuk Amazon EC2 sahaja (bermula $8.47 sebulan).  Amazon SES masih percuma untuk 62,000 email yang anda hantar setiap bulan dengan EC2.

Nota: $1.00 ini hanyalah bayaran kepada pihak AWS, tidak termasuk nama domain. Anda boleh beli domain murah di GoDaddy atau NameCheap ketika jualan black Friday/Cyber Monday nanti atau menggunakan domain sedia ada.

[#4] Bagaimana Ebook Email Bajet Dapat Membantu?

Setelah lebih setahun mengkaji cara untuk menggunakan Amazon SES bagi tujuan email marketing, saya dapati ada 3 cara terbaik untuk menggunakannya, iaitu:

#1Subscribe platform online yang dibina khas untuk Amazon SES seperti EmailOctopus, MoonMail, Pepo Campaigns dan EasySendy. (Anda perlu membayar yuran bulanan jika ingin menghantar lebih dari had akaun percuma)

#2Membeli script khas yang dibina untuk Email Marketing menggunakan Amazon SES atau lain-lain SMTP seperti Sendy.co. (Anda perlu membayar $59 untuk membelinya dan membayar kos hosting sendiri setiap bulan)

#3Membina aplikasi web di Amazon EC2 dan menggunakan Amazon SES sebagai platform email marketing. (Hanya perlu keluar $1.00 sahaja pada tahun pertama!)

Bunyinya agak mudah tetapi banyak aspek teknikal diperlukan. Saya sendiri mengambil masa beberapa bulan sebelum betul-betul berjaya menjadikannya platform email marketing yang “legit”.

Tapi usah risau, anda tidak perlu bersengkang mata seperti saya..

Semua step untuk membina platform email marketing menggunakan Amazon SES & Amazon EC2 telah saya catatkan dan dokumenkan langkah demi langkah untuk kegunaan anda dalam E-Book Email Bajet ini.

E-book Email Bajet ini membantu anda membina aplikasi web dengan mudah dan segara menggunakan wordpress di Amazon EC2 dan integrasikan sepenuhnya dengan Amazon SES. Dengan itu, anda boleh menghantar kepada 62,000 email setiap bulan secara percuma.

E-book ini ditulis dalam format ebook online dan penuh dengan gambar screenshot untuk memudahkan anda melihat sendiri prosedur dan langkah-langkahnya dengan lebih detail. Anda akan belajar mengenai:

  • Cara mendaftar Amazon Web Service (AWS) langkah demi langkah.
  • Cara setup aplikasi web WordPress & integrasikannya dengan nama domain di Amazon EC2 dengan mudah.
  • Cara setup SSL percuma untuk laman wordpress anda. (Ianya agak teknikal)
  • Tutorial ringkas bagaimana menggunakan wordpress sepenuhnya. (terutamanya plugin email marketing)
  • Cara untuk setup Amazon SES pada laman wordpress anda.
  • dan cara untuk menghantar “Request Sending Limit” Amazon SES & Amazon EC2.

Pendek kata semuanya akan ditunjukkan dengan jelas dalam e-book Email Bajet ini khas untuk anda. 😉

[#5] Bagaimana Nak Dapatkan E-book Email Bajet ini?

Pertama sekali, saya agak takut-takut untuk melancarkan e-book ini. Hanya beberapa kenalan rapat sahaja yang saya berikan akses untuk membacanya. Ini kerana:

  • Tutorial mengenai Amazon SES & Amazon Ec2 banyak di internet tetapi tiada yang benar-benar lengkap untuk membina platform email marketing sendiri. Pasti ada sebab yang sangat “sulit” mengapa ramai yang “menyorokkan” ilmu ini.
  • Bimbang ilmu ini disalahgunakan oleh orang kita untuk melakukan SPAM (menghantar email marketing secara rambang tanpa kebenaran pemilik email) sehingga mengakibatkan pengguna AWS Malaysia lain di banned.

Bunyinya memang agak menyeramkan tapi bila teringat balik tujuan sebenar saya menulis e-book ini, mungkin saya boleh memberikan akses kepada jumlah yang kecil terlebih dahulu agar ianya terkawal dan selamat.

Tujuan UTAMA saya memulakan projek menulis dan mendokumenkan pengalaman saya membina platform email marketing mudah dengan Amazon SES & EC2 ini adalah untuk membantu lebih ramai orang seperti saya yang mempunyai bajet yang rendah membina sendiri platform email marketing yang “legit” tanpa membakar sebarang modal.

Sekurang-kurangnya dengan ebook Email Bajet ini, anda tidak perlu menjadi penonton melihat usahawan “jerung” buat duit lumayan menggunakan email marketing kerana tiada modal untuk subscribe sistem autoresponder mahal seperti mereka. Kini anda juga boleh jadi seperti mereka tanpa perlu mengeluarkan modal pun!

Jadi saya akan buka tawaran untuk jumlah kuantiti yang sedikit dari semasa ke semasa untuk memastikan tujuan asal saya menulis ebook ini terlaksana.

Tawaran Eksklusif EarlyBirds (2)

Khas untuk 22 pembeli yang pertama, anda hanya perlu membayar RM15.00 SAHAJA untuk mendapatkan akses ebook Email Bajet ini.


Dengan hanya RM15.00, anda akan menerima:

  • Akses penuh kepada ebook online Email Bajet yang mengajar anda bagaimana untuk membina platform email marketing sendiri dari A hingga Z.
  • Updated PERCUMA ebook ini kerana e-book ini akan kerap di update selari dengan kemaskini terkini script serta plugin yang digunakan dari semasa ke semasa.
  • Bantuan secara personal melalui portal online, email atau Whatsapp sehingga anda berjaya membina platform email marketing sendiri.

Sampai bila lagi nak melihat para usahawan yang bermodal besar kaut untung dengan email marketing..

Inilah masanya untuk anda membina sistem email marketing sendiri yang pastinya menguntungkan anda TANPA membakar duit modal!

(TERHAD Hanya Untuk 22 Orang Pertama SAHAJA)